|
Salam Aura, Salam jutawan ,Salam Kesaktian,Salam Satu Malaysia,Salam Sedunia
Terlebih dahulu Master ucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian anda melayari laman web Akademi Tenaga Dalam Aurailahi. Akadem ini diwujudkan adalah semata-mata untuk membantu anda secara alternatif untuk menyelesaikan segala masalah sama ada dari segi kewangan, keselamatan, kesihatan, kecantikan, kebahagiaan rumahtangga, kewibawaan dan sebagainya. Keilmuan-keilmuan ampuh lagi sakti yang ditawarkan di Akademi Tenaga Dalam Aurailahi ini adalah semata-mata sebagai daya usaha kita untuk menyelesaikan masalah dan merealisasikan segala impian yang pasti tercapai kerana Tuhan sudah berfirman dalam al-Qur’an surah ar-Ra’du ayat 11, yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka”.
Justeru itu adalah menjadi kewajipan kita untuk mengubah nasib kita sendiri agar lebih cemerlang dan berbahagia. Akhir kata, Master berjanji dengan keilmuan alternatif Aurailahi ini, Master akan membantu anda semua untuk merealisasikan segala impian dan harapan anda untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih maju, sejahtera, sihat, berwibawa, kaya-raya, cantik, tampan dan berbahagia untuk selamanya.
Sekian, Terima Kasih.
Ikhlas Daripada,
(Master Idris Man - Ki Ageng Pamungkas)
- Mahaguru Agung Aurailahi, Penang, Malaysia
- Grandmaster Perguruan Dejavu, Jakarta, Indonesia.
- Grandmaster Nasrul Haq, Demak, Indonesia.
-Guru Agung, Anugerah Agung, Kuching, Sarawak, Malaysia
- BA (Hons) Muzik, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.
- Dip, Edu Maktab Perguruan Sri Pinang, Penang, Malaysia.
|